.Testimoni 14:

Assalamualaikum semua !
Saya yang bernama Runizan Bin Ahmad tinggal di Gurun,Kedah. Saya telah mengalami berbagai-bagai masalah dan penyakit yang lebih 4 tahun lamanya.Saya telah berubat di berbagai tempat termasuklah cara moden dan tradisional,namun masalah saya tidak juga dapat diatasi.Dipendekkan cerita saya telah bertemu dengan laman web Ustaz Haji Hanafi mengenai rawatan tradisional Islam yang dijalankannya di Alor Setar,Kedah.Tanpa membuang masa saya dan isteri terus pergi berjumpa dengannya.Pada permulaannya Ustaz hanafi membuat pengesanan punca penyakit yang saya alami.Setelah dibuat pengesanan maka Ustaz hanafi telah memaklumkan pada saya bahawa segala masalah dan penyakit yang saya sedang deritai itu adalah berpunca dari perbuatan sihir sesaorang yang khaniat dan hasad dengki dengan saya. Dengan penuh yakin dan berserah diri pada Allah s.w.t saya terus menjalani rawatan diri dengan yang berbahagia Ustaz Hj Hanafi sebanyak 21 kali rawatan serta memulih dan memagar rumah kediaman saya.Alhamdulillah saya bersyukur tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla yang telah memulihkan dan menyembuhkan penyakit dan masalah saya.Saya juga rasa terhutang budi pada Yang Berbahagia Ustaz Hj Hanafi yang telah berusaha keras dalam merawat dan mengubati saya.Kini saya sembuh sepenuhnya.Untuk pengetahuan pembaca semua,selepas saya sembuh saya terus pergi ke Mekah menunaikan ibadah umrah  bersama Ustaz Hj hanafi sebagai tanda kesyukuran saya kepada Allah s.w.t.
Untuk makluman pembaca semua di sini saya senaraikan beberapa penyakit dan masalah yang telah saya alami itu:
1.Tekanan darah tinggi naik dengan mendadak.
2.Badan dan anggota tubuh badan saya menjadi lemah,letih dan tidak bermaya,hinggakan saya nak kayuh basikal pun tidak termampu rasanya.
3.Rasa rimas dan tidak tenang bila berada di khalayak ramai.Saya juga rasa nak pitam dan sesah nafas bila berada di tengah ramai,hinggakan saya berasa takut untuk pergi membeli belah serta pergi solat berjamaah dimasjid atau menghadiri majlis-majlis kenduri-kendara.
4.Rasa gelisah dan tidak tenang bila berada dalam rumah sendiri.
5.Rasa benci dan rasa nak marah pada isteri tanpa sebab.
6.Dada dan pernafasan rasa tidak selesa dan sering keletihan.
7.Rasa malas nak pergi kerja.
8.Hubungan suami/isteri jadi hambar.
9.Dan lain-lain lagi yang tak dapat saya ceritakan di sini.

Dengan berkat usaha rawatan Ustaz Hj Hanafi maka semua masalah itu telah dapat diselesaikan.Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah s.w.t yang telah menyembuhkan saya.
Sekian dari saya.

Runizan Ahmad,
Bedong,Kedah

Testimoni 15

Assalamualaikum semua pembaca !
Saya adalah salah seorang pesakit Ustaz Hj Hanafi.Nama saya Zannatul Fara, berumur 25 tahun dan tinggal di Alor Setar,Kedah.
Saya telah mengalami suatu penyakit yang saya sendiri pun tidak dapat nak jelaskan dengan tepat,tapi yang pastinya sakit saya adalah seperti berikut:
1.Jantung sering berdebar-debar.
2.Kerap batuk yang berpanjangan.
3.Sesak nafas hingga bagaikan hampir nak mati.
4.Seluruh badan berasa letih tidak bermaya yang amat sangat.
5.Perut terasa buncit,ketat dan cekang.
6.Makan banyak dari sepatutnya tetapi berat badan tidak bertambah bahkan semakin kurus.
7.Sering terbau busuk di dalam rumah hingga terpaksa keluar rumah kerana tidak tahan dengan bau busuknya.
8.Fikiran rasa tidak tenteram dan tidak tenang.Jiwa pun rasa kacau.

Begitulah serba ringkasnya masalah yang saya alami.Saya telah berusaha dgn berbagai-bagai kaedah rawatan termasuklah dengan  kaedah kedoktoran.Tapi yang peliknya pihak kedoktoran menyatakan saya tidak mengalami apa-apa penyakit bahkan sihat. Alhamdulillah saya telah terjumpa laman web Ustaz Hanafi tentang rawatan yang dia sediakan. Dengan penuh tawakkal saya pergi buat rawatan  dengannya,beliau menyatakan bahawa saya ini terkena buatan sihir sesaorang.Lalu dengan itu saya terus buat rawatan dengan ustaz sebanyak   21 kali. Syukur Alhamdulillah setelah saya buat rawatan segala masalah saya telah selesai.
Terimakasih banyak-banyak Ustaz yang telah berusaha merawat saya.
Sekian wassalam .

Yang benar
Farah
Alor Setar,
Kedah.

Testimoni 17

Saya Mohd Zailan Bin Abdul Rashid tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu Teksi Airport KLIA. Saya mengalami penyakit seperti berikut: Rasa letih badan yang bukan kepalang hingga tidak boleh bergerak dan berjalan.Sesak nafas seperti hampir nazak.Makan kuat tapi setelah beberapa minit sahaja perut saya terasa lapar yang amat sangat.Fikiran bercelaru dan tidak boleh memberi tumpuan pada pekerjaan.Saya telah berubat di merata tempat termasuk jugalah hospital dan klinik kerajaan dan swasta.Namun begitu saya masih mengalami sakit yang sama.Akhirnya saya bertemu Ustaz Hj Hanafi untuk buat rawatan dengannya.Kini segala masalah yang saya alami telah pulih 90%. Alhamdulillah.

M.Zailan
Kuala Lumpur.



Testimoni 16

Nama saya Din berasal dari Batu Pahat,Johor. Saya menghadapi masalah bahagian kemaluan saya menjadi gatal yang amat sangat serta badan menjadi panas serta hubungan suami/isteri jadi hambar.Saya dah alami masalah ini selama lebih kurang 2 tahun.Dipendekkan cerita saya telah pergi ke Alor Setar,kedah untuk buat rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi.Kini saya telah sembuh....Alhamdulillah.
 
            Utama       Rencana       Testimoni1       Testimoni2        Testimoni3        Testimoni4        Rawatan Dadah        Hubungi Kami
            Utama       Rencana       Testimoni1       Testimoni2        Testimoni3        Testimoni4        Rawatan Dadah        Hubungi Kami
RAWATAN
TRADISIONAL SECARA ISLAM
(BERDOA - BERUSAHA - BERTAWAKAL)
Testimoni 18

Saya zulkarnain suami kepada Yusniza dari Sg.Petani bekas pesakit ustaz. Kini telah hampir satu tahun masa berlalu dari tarikh Isteri saya menjalani rawatan dengan Ustaz.
Sebelum jumpa ustaz keaadaan isteri saya tidak boleh makan dan tidak boleh minum walaupun setitik air. Tetapi Alhamdulillah selepas berubat dengan ustaz isteri saya Assalamualaikum Ustaz dan isteri.Apa khabar.. Lama tak dengar berita..... sekarang dia dah boleh makan dan minum. Berat badan dah bertambah,dah boleh berjalan kesana - sini  berbanding sebelum berubat dengan Ustaz  dia hanya terbaring saja.Alhamdulillah ustaz , terima kasih banyak2 Yang tidak terhingga buat ustaz dan isteri atas layanan semasa tempoh perubatan....
Keaadaan isteri saya jauh  berbeza sekarang ini.... Syukur sangat-sangat.

Maaf ustaz.... Kami lambat beri testomoni ni.Moga-moga menjadi semangat buat pesakit lain setelah membaca testomoni isteri saya ni.
Kepada ustaz,isteri dan puteri.....terima kasih Yang teramat Sangat.....hanya Allah Yang boleh membalas jasa ustaz sekeluarga yang telah membantu kami.
Alhamdulillah ustaz..... Insyaallah tahun ni dapat sambut Ramadan seperti dulu....... Moga ustaz sekeluarga  sentiasa dalam rahmatnya.... Amin.

Sekian dari saya dan Isteri:
Zulkarnain & Yuszina
Sungai Petani,Kedah.
15  Mei 2016