Testimoni 19

Saya Haji Ramlan dan isteri tinggal di Jalan Cheras,Kajang ,Selangor.Saya dan isteri berniaga sendiri. Saya dan isteri telah telah mengalami penyakit seperti berikut; Saya sendiri mengalami batuk yang teruk setiap malam,dada terasa sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum yang tajam,leher saya terasa gatal yang amat sangat,dada terasa berat dan ketat seperti orang sakit jantung dan sering bila tidur malam saya bermimpi yang pelik-pelik.Saya telah pergi ke Hospital Pakar untuk buat pemeriksaan kesehatan,yang hairannya saya didapati tiada sebarang penyakit.
Manakala isteri saya pula mengalami sakit pinggang yang keterlaluan,hampir setiap bulan saya panggil tukang urut untuk mengurut pinggangnya tapi sakitnya tidak berkurang.Selain daripada itu hubungan kami suami isteri jadi dingin dan tiada keinganan langsung diantara satu sama lain.

Setelah lama saya berusaha berubat dengan berbagai kaedah rawatan barulah saya bertemu laman web rawatan yang ditawarkan oleh Ustaz Hj Hanafi.Tanpa berlengah lagi saya terus ke Alor Setar untuk bertemu beliau.Setelah Ustaz Hanafi buat pengesanan penyakit kami berdua,maka Ustaz Hanafi mengkhabarkan kepada kami yang kami berdua terkena perbuatan sihir sesaorang.Tanpa berfikir panjang lagi saya dan isteri terus menjalani rawatan dengan Ustaz Hanafi pada hari tersebut juga.Kami berdua telah menjalani rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi sebanyak 21 kali.Setiap hujung minggu  saya dan isteri saya datang ke alor setar untuk buat rawatan.

Selain dari buat rawatan diri kami berdua,Ustaz Hj Hanafi juga datang ke rumah kami untuk pagar rumah dan pejabat saya. Sekarang ini saya dan isteri telah sembuh sepenuhnya....Alhamdulillah.
Jutaan terimakasih juga saya ucapkan pada Ustaz Hanafi kerana sudi membantu merawat kami berdua,hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasanya.
Sekian dahulu dari saya.Wassalam.

Hj Ramlan
Jln Cheras-Kajang.


Testimoni 20

Siti Balkis
Seremban.


Kecantikan adalah satu aset yang berharga bagi wanita. Apabila meningkat remaja, seorang wanita akan sentiasa berusaha untuk menjadi cantik dan manis dipandang mata. Begitu juga setelah berkahwin dan mempunyai anak, seseorang wanita itu akan cuba mengekalkan kecantikannya yang dianugerahkan olih Allah Subhanawataalla. Saya adalah wanita yang bernasib baik dan berasa syukur kerana dianugerahkan paras rupa yang menarik.

Walau bagaimana pun, anugerah yang diberikan olih Allah kepada saya telah menimbulkan perasaan cemburu dan iri hati dikalangan rakan rakan dan kenalan. Olih kerana mempunyai paras rupa yang menawan dan sedikit cantik jika dibandingkan dengan rakan rakan yang lain maka saya telah melalui detik detik hitam dalam kehidupan saya pada awal 2010 sehingga bulan Februari 2012.

Seorang rakan berasa amat cemburu dan sangat sangat dengki terhadap saya dan telah tergamak mengenakan sihir kepada saya. Muka saya yang dikatakan cantik telah mengalami bintik bintik merah seperti penyakit kulit tetapi tidak rasa sakit atau gatal. Disamping itu, saya berasa letih, malas untuk pergi kerja, suka marah marah dan tidak dapat tidur pada waktu malam. Saya telah berjumpa doktor dan apabila pemeriksaan dibuat dia memberitahu saya tidak sakit. Dia suruh saya banyak berehat.

Saya telah pergi berjumpa bomoh dan juga pengamal rawatan perubatan Islam . Saya diberitahu yang saya telah kena sihir dan dipercayai dibuat olih rakan sekerja kerana iri hati. Walau pun saya menjalankan rawatan dengan bomoh dan juga rawatan perubatan Islam dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak tetapi penyakit berkenaan masih belum sembuh. Segala usaha dan iktiar saya untuk menyembuhkan penyakit ganjil ini masih belum berhasil.

Saya tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mengubati penyakit yang saya alami kerana sihir. Pada suatu hari semasa saya melayari internet untuk mencari rawatan perubatan islam, saya terbaca laman web berkaitan rawatan perubatan Islam olih Ustaz Hanafi diAlor Setar. Saya kemudian menghubungi Ustaz Hj Hanafi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan rawatan yang dijalankan oleh beliau dan menceritakan penyakit yang saya alami.

Berikutan dengan itu, saya terus ke Alor Setar untuk mendapatkan rawatan. Saya kehendaki menjalani rawatan sebanyak 21 kali. Pada setiap Sabtu dan Ahad, saya akan ditemani oleh suami saya untuk pergi dari kediaman kami di Seremban ke Alor Setar untuk mendapatkan rawatan. Alhamudulillah dengan izin Allah setelah menjalani  rawatan, saya rasa saya telah pulih daripada sihir dan penyakit tersebut. Saya berada didalam keadaan sihat walafiat. Paras rupa saya telah kembali seperti sediakala dan saya rasa amat tenang sekali. kini saya telah pulih.

Saya berasa amat bersyukur kepada Allah kerana sembuh daripada kena sihir setelah menjalani perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Hj Hanafi. Alhamdulillah. Saya kini dapat menjalankan kehidupan harian yang normal dan gembira bersama sama keluarga serta dapat menunaikan ibadat dengan tenang.

Sekian wassalam,
Siti Balkis
Seremban,N.S.

            Utama       Rencana       Testimoni1       Testimoni2        Testimoni3        Testimoni4        Rawatan Dadah        Hubungi Kami
            Utama       Rencana       Testimoni1       Testimoni2        Testimoni3        Testimoni4        Rawatan Dadah        Hubungi Kami
RAWATAN
TRADISIONAL SECARA ISLAM
(BERDOA - BERUSAHA - BERTAWAKAL)